Wednesday, January 14, 2015

Kembali Bernafas..............................

assalammualaikum dan selamat sejahtera pada semua pembaca gua yang dikasihi sekalian..itupun kalau ada pembacalah..ahakz..ok agak lama juga gua biarkan blog gua ini sampai bukan setakat sawang je yang ada malah segala mak nenek hantu bertapa..kini tibalah masa untuk gua menyapu bersih blog ini untuk aktiviti gua seharian yang boleh dikatakan agak statik ini..buat masa sekarang itu ajelah kemaskini dari gua memandangkan sekarang gua nak beradu di persada tilam gua yang dah lama melambai2..TATA


   
(gambar hiasan)

Friday, December 30, 2011

Sedapnya Kumboi Nyoq

tengahari tadi mak gua suruh kupas buah kelapa,jadi gua pun dgn 'baloq liat' kupas la..dalam gua dok kelas2 buah kelapa tuh gua ternampak sebijik yg sudah tumbuh,tp masih kecik lagi..gua pilih yang tuh pasai gua tau kelapa tuh ada kumboi atau tombong kelapa yg best..orang utara dia pangei kumboi nyoq..makanan peberet masa budak2 sampai la sekarang ni usia dah tua renta dah.kehkehkeh..pasai pokok nyoq/kelapa ni subur di Malaysia gua pasti ramai yg pernah makan kumboi nyoq..lagi kecik lagi lemak manis + ranggup..perghhh..


haaa lagu ni la bentuk dia..sebelum orang len ngap bek gua ngap dlu..lepas cerah kumboi nyoq tuh gua nampak pulak umbut nyoq..yang ni pun sedap gak..bila lagi nak melahaq mcm ni.




ha ni la rupa bentuk umbut nyoq masa dia kecik (kena kupas dulu baru nampak umbut dia)..orang kampung suka buat kerabu ngan sayuq lemak umbut dia..tp gua suka makan mentah2 ja pasai dia sedap + berlemak mcm keju..muahahaha..


ps/ kalu gua nak buat bisnes kumboi nyoq ada nak laku? kikiki

Monday, November 28, 2011

IBU KU BIDADARI KU


"seorang anak menghentak kaki ke jalan raya tanda tak berpuashati pada ibunya yang tak menuruti kehendak si anak yang hendak membeli sebuah kereta mainan yang berharga RM5.00..orang ramai di pasar sehari cuma memerhati gelagat si anak.pantas si ibu menarik si anak masuk kedalam kereta sapu.di dalam kereta,si anak masih lagi tak berpuas hati terus berteriak dan menghamun si ibu yang berdiam menahan sabar.mungkin malu si anak buat perangai di depan khayalak.sesampainya di rumah,marah si anak tak kunjung padam terus membaling apa yang ada di rumah.tapi si ibu masih lagi diam,tidak marah jauh sekali hendak di pukul si anak.cuma si ibu menghela nafas panjang mungkin penat melayan karenah si anak yang masih belum mengerti apa itu kemiskinan"


sekiranya gua punya mesin masa,ingin gua kembali ke zaman itu pada hari itu untuk menempeleng si anak yang kurang ajar.tapi apakan daya.hasrat gua itu mustahil untuk dilaksanakan kerana ia dah menjadi sejarah dan sejarah tak mungkin dapat diubah..EMAK AMPUNKAN ANAK MU INI.


berbaktilah kepada ibu selagi masih ada.istri,kawan boleh dicari tapi setiap manusia cuma punya seorang saja ibu dunia akhirat.pada gua tiada hari tanpa ibu,setiap hari adalah hari ibu.

Friday, September 30, 2011

Pencuri Kabel TM Yang Haprak

lama gila gua tak update blog ni.ke'bz'an melanda diri gua dan satu lg sebab gua tensen dgn sikap pencuri2 kabel yg selalu membantutkan hasrat gua untuk menjadi penaip blog.asal gua nak upload lagu dan tulis blog,masa tu lah pencuri kabel TM sibuk memotong kabel.mmg lahanat betul.kali ni topik gua nak menyentuh tentang pencuri2 yg paling hampeh dalam golongan pencuri iaitu pencuri kabel.pihak TM dah sediakan kemudahan untuk orang ramai tp golongan pencuri ni pulak mengambil jalan mudah utk dapatkan wang.tau la sekarang ni harga tembaga mahal tp jgn la menyusahkan orang ramai yg dok bayar bil tiap ni.

siapa yg pernah kena kes mcm gua ni mmg akan tau la betapa sakitnya hati bila tak bulih layan internet.kesakitan hati tu mengalahkan sakit hati  putus bercinta.mana tidaknya dalam setahuan sampai 4,5 kali pencuri hampeh ni buat projek dlm area gua,tu tak termasuk kawasan2 yg berdekatan lagi pendek kata kalau gua jumpa puak2 haprak ni,mmg gua tibai sampai lunyai.(gua bkn brani sgt tp bila sakit ati ni fhm2 la)...kecik2 xnak mamp*s bila besar menyusahkan orang awam.

tapi apa pun gua salute pihak TM yg sentiasa pantas buat kerja dgn menyambung semula talian walaupun memakan masa 2 minggu.kehkehkeh..okay gua faham lah.kabel2 tu semua bukan murah.dan yg paling best kali ni semua kabel yang masuk ke kawasan gua sudah ditanam dalam tanah.padan muka lu  para pencuri hampeh.trimas kepada pihak TM yang hensem.skrg gua dah bulih online dgn senang hati tanpa memikirkan golongan pencuri haprak ni,tapi kalau gua jumpa mmg gua tibai jgk.kehkehkeh..sebab sakit hati gua masih belum sembuh lagi.



ni cuma gambar hiasan je walaupun kabel telefon voltan dia tak tinggi tp zaman sekarang apa pun boleh terjadi,pada pencuri2 diluar sana tu insaflah,carilah duit yang halal sebab duit yg haram ni ditambah dgn kutukan org ramai tak kemana peginya.

Thursday, May 5, 2011

Jangan Pisahkan (Malaysia & Indonesia)



lagu penuh nostalgia yg dinyanyikan kembali oleh Amy Search dan Inka Christie ni mmg cukup best kalo dengar sewaktu gelap malam.,kenapa? baru terasa dia punya feel tuh..hehee..okay, lagu ini asalnya adalah dari nyanyian dari Deddy Dores dan Mayank Sari penyanyi yg cukup popular di Indonesia suatu masa dahulu..lagu dari penyanyi asalnya mmg sudah cukup rasa,tp bila Amy Search otai rock dan si cantik manis dari Indonesia iaitu Inka Christie pula yg mendendangkanya,terus jadi MAGIC lagu ni.haha..jgn ditanya kenapa..siapa yg tak kenal Amy, rockers terunggul di nusantara dan Asia.

mungkin bg kebanyakkan orang lagu ni lagu liriknya biasa2 aja,yalah liriknya cuma mengenai sepasang kekasih yg dilanda masalah dlm perhubungan mereka yg mungkin tidak direstui oleh keluarga..sebenarnya lagu ni aku nak tujukan kepada orang2 dari Malaysia dan jugak orang2 dari Indonesia..sekarang ni kalau kita lihat di youtube atau di facebook terlalu byk komen negatif yg diberikan oleh kedua2 pihak yg saling mengeji ..tak perlu jadi begini,,jgn kerana segelintir org yg mencetuskan masalah jgn disalahkan semua orang Malaysia atau Indonesia...ingat Malaysia Indonesia adalah seperti adik dan abang dan yg penting kita juga saudara seiman..saling memburukkan negara tak akan bawa kita ke mana...mari kita buang yg keruh ambil yang jernih..tak usah la saling memprovokasi antara satu sama lain..aku dlu2 pun benggang juga tp lama kelamaan aku sedar ini semua permainan pihak yahudi keparat yg tak senang dgn perpaduan 2 negara yg bermajoriti penduduk Islam ni.

wahh..aku ni dah ckp mcm PiEm plak.ekekeke..tp betul ,aku dah cukup muak tgk perbalahan macam ni..dimana2 aja ada pergaduhan...bosen gwe..ngertikkk?? ..hehee...apa2 pun selamat melayan lagu ni..bg korang yg cinta terhalang mesti lagi feeling..lalalalalayannn

Monday, March 28, 2011

Kelmarin - Zur Eda

 


kelmarin..
tertulis pertemuan biru
dalam heningan taman pagi
ku seru nama mu kekasih

di pohon-pohon kemboja
kembang mewangi
hari ini tiba perpisahan kelabu
bersama remang langit senja
seakan laut jadi sepi
burung-burung merpati
pulang ke desa

sirnalah segalanya kenangan kelmarin
mega-mega berserakan
ke timur laut

kekasih...
telah ku serahkan piala
yang berisikan madu cinta
keringlah sudah segalanya
bagaikan dipanahi..bahang mentari 

hangatkan lagi
pertemuan ini
bahang mentari
pertemuan ini
 

Tuesday, March 22, 2011

Cara2 Untuk Download Video Di YouTube




yeah...lama aku tak update blog ni.ekeke.semangat yang hilang...okay kali ni aku nak bgtau cara mudah nak download video di utube atau mana2 web sekalipun,.termasuk record lagu utk radio online.(ramai yg bertanya aku soalan ni) ..byk cara utk download lagu dlm utube nih..salah satunya dengan mengunakan toolbar freecorder .benda alah ni cukup senang digunakan dan paling best ianya percuma.dengan mengunakan freecorder kita boleh download,dengar radio,tonton tv dan yg yang aku rasa agak menarik didalamnya sudah tersedia converter utk menukar video ke format mp3.mp4,mpg,ipod,psp dan mcm2 lagi la.aku nak taip byk2 pun buat apa kan.ekeke..nanti korang download toolbar korang tau la.toolbar ni semolek2nya digunakan di mozilla firefox dan internet explorer..tp yg tak bestnya pasal freecorder ni dia auto download.maknanya apa2 video yg kita tonton , freecorder ni akan download sendiri.jadi jika byk video yg kita tgk mungkin akan memberatkan sedikit firefox & i.e kita.jadi kena selalu la padam kat video history tool.aku ni ckp byk plak.hehe..okay korang boleh download benda yg best dan free ni kat sini .selamat mendownload :D